Jururawat ‘off duty’ selamatkan wanita tercekik raih pujian | The Reporter

Jururawat ‘off duty’ selamatkan wanita tercekik raih pujian

Jururawat Pantai Hospital Ipoh melakukan bantuan kecemasan manuver Heimlich untuk menyelamatkan wanita yang tercekik di kawasan hospital.
Sumber Gambar: Tangkap layar Instagram Pantai Hospital Ipoh

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang jururawat di Pantai Hospital Ipoh dipuji atas tindakan pantasnya membantu menyelamatkan seorang wanita yang mengalami sesak nafas akibat tercekik ketika berada di kawasan hospital, baru-baru ini.

Menurut kenyataan dikongsikan pihak hospital, kejadian berlaku pada pagi 4 Mei lalu ketika Jururawat Staf 2B, Siti Maisyura baru sahaja menamatkan syif malam dan sedang menunggu janji temu anaknya berhampiran kawasan The Coffee Bean & Tea Leaf (CBTL) di hospital berkenaan.

Walaupun berada di luar waktu bertugas dan berpakaian kasual, beliau tidak teragak-agak memberikan bantuan sebaik melihat seorang wanita tiba-tiba tercekik serta mengalami kesukaran bernafas sehingga mencetuskan suasana panik dalam kalangan ahli keluarga mangsa.

Baca juga:

Berbekalkan latihan dan pengalaman sebagai petugas kesihatan, Siti Maisyura bertindak tenang melakukan teknik manuver Heimlich bagi membantu mengeluarkan halangan pada saluran pernafasan wanita terbabit sebelum mangsa kembali boleh bernafas seperti biasa beberapa saat kemudian.

Pantai Hospital Ipoh menyifatkan tindakan jururawat itu sebagai lambang dedikasi dan komitmen seorang petugas kesihatan yang sentiasa bersedia membantu walaupun di luar waktu bekerja.

Tindakan luar biasanya itu menjadi simbol nyata semangat pengorbanan dan keikhlasan seorang jururawat, selari dengan tema Hari Jururawat Antarabangsa 2026 yang diperkenalkan oleh Majlis Jururawat Antarabang

Related Posts