Jualan biskut raya My Pride IPPM catat jualan RM1 juta - The Reporter

Jualan biskut raya My Pride IPPM catat jualan RM1 juta

Biskut raya Penjara Kajang
Sumber Gambar: TikTok galeriviippm

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Penangan dari hantaran video pempengaruh dan peguam terkenal, Tun Laila, dikatakan kuih dan biskut raya di Penjara Kajang habis terjual.

Rata-rata meluahkan rasa kecewa apabila ada yang tidak sempat merasai air tangan biskut raya yang dihasilkan oleh banduan-banduan di penjara.

“Alhamdulillah dan jutaan terima kasih kepada semua. Untuk makluman Galeriviipm tutup buat sementara waktu. Terima kasih semua sentiasa menyokong produk mypride Jabatan Penjara Malaysia,” katanya menerusi TikTok.

Baru-baru ini juga tular, gambar seorang pegawai penjara yang memegang notis pemakluman tentang jualan biskut raya yang terpaksa dihentikan untuk memberi laluan kepada penambahan stok.

Menerusi hantaran terbaharu di TikTok galeriviippm, memaklumkan jualan biskut raya telah mencecah RM1 juta.

“Hasil Jualan Biskut Raya 2025 Galeri Jualan Produk My Pride IPPM mencipta rekod jualan RM 1 Juta.

“Penyampaian hadiah kepada pelanggan yang bertuah yang membuat pembelian bagi nilai jualan RM1 Juta akan disampaikan oleh YBhg. KJP Dato’ Haji Abdul Aziz bin Abdul Razak,” katanya.

Rata-rata mengucapkan tahniah diatas pencapaian luar biasa itu dan meminta supaya pihak pengurusan meningkatkan kuantiti stok pada tahun hadapan.

Total
0
Shares
Total
0
Share