Jual babi goreng di Pasar Malam Setia Alam, peniaga haram dikompaun RM300 | The Reporter

Jual babi goreng di Pasar Malam Setia Alam, peniaga haram dikompaun RM300

Peniaga haram dikompaun

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Isu penjualan makanan berunsurkan daging babi goreng secara terbuka di Pasar Malam Setia Alam menarik perhatian ramai selepas tular menerusi video yang dimuat naik di TikTok pada Isnin.

Video berdurasi 30 saat itu menunjukkan sebuah gerai menjual makanan tidak halal, iaitu ‘Crispy Pork,’ yang didakwa beroperasi di kawasan yang turut menempatkan peniaga Melayu-Islam.

Dalam video tersebut, TikToker Indah Nurrahman meluahkan kekesalannya, “Sekarang ni dekat Pasar Malam Setia Alam, kitorang nampak peniaga menjual babi Crispy Pork secara terbuka. Kalau nak diikutkan, tak boleh,” katanya.

Perkongsian ini mencetuskan pelbagai reaksi di media sosial.

Bagaimanapun, Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Mohd Azhar Mohd Sharif, menjelaskan, penjualan makanan tidak halal, termasuk daging babi, adalah dilarang di kawasan terbuka seperti pasar malam.

“MBSA tidak pernah mengeluarkan sebarang kebenaran atau lesen untuk penjualan makanan tidak halal di pasar malam,” katanya.

Hasil pemantauan pada 7 Disember lalu, MBSA mengesahkan peniaga berkenaan tidak memiliki lesen. Ekoran itu, kompaun sebanyak RM300 telah dikenakan, dan amaran telah diberikan kepada peniaga terbabit.

“Peniaga tersebut telah diberi amaran untuk tidak berniaga lagi di situ. Kami akan membuat pemantauan pada Sabtu ini, dan jika dia masih beroperasi, tindakan sita akan diambil,” kata Mohd Azhar.

Sumber: Sinar Harian, Media Selangor

Related Posts