Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Eh, bulan Ramadan ni kalau tak singgah bazar, macam ada yang tak kena je, betul tak? Banyak je bazar di sekitar kita, tapi yang penting, ada tak makanan yang kita suka? Sebelum beli, kena tengok harga dulu, berbaloi ke tak.
Jangan risau, tak payah pening kepala nak pilih bazar mana. Kami ada senaraikan beberapa bazar yang menarik dan makanan yang dijual dengan harga yang berpatutan.
Bazar Ramadan Taman Equine

Kat sini, macam-macam kuih muih tradisional ada. Popia, kuih koci, karipap, samosa, kuih apam dan banyak lagi yang sedap-sedap. Nak rasa masakan Pantai Timur? Ada nasi kerabu. Kalau tambah ayam percik, lagi la sedap!
Peminat salai, jangan lupa singgah gerai Ori Pilah. Ada siput sedut, udang, ikan keli dan ayam. Peminat mi, boleh cuba mi tonggek di gerai Mee Tonggek Sempoi, harga cuma RM5 je. Ada juga menu viral macam A&W, Qonidok di gerai Pak Abu.






Bazar Ramadan Puncak Jalil

Bazar Puncak Jalil ni famous dengan nasi beriani Johor. Ada lauk ayam, daging dan kambing. Harga berpatutan, RM10 (ayam), RM12 (daging) dan RM15 (kambing).
Nak makanan ringan, ada gerai jual Takoyaki. Banyak perisa boleh pilih dan boleh beli single pack, family pack atau jumbo pack. Kanak-kanak mesti suka manis, ada Churros, harga RM7 satu set dengan pilihan perisa Caramel, Dark Chocolate dan Milk Chocolate.







Bazar Ramadan Taman Puchong Indah
Berbuka tak sah kalau tak ada murtabak, kan? Bazar ni famous dengan murtabak Pok Pa, isi banyak dan sedap! Nak menu berat, ada nasi arab di gerai Arabian Mandy Rice dan nasi lauk kenduri.
Kuih muih kat sini pun sedap. Popia basah rangup dan berbaloi.



Bazar Ramadan Puchong Prima
Penggemar kambing grill, kat sini ada menu kambing grill dengan sos istimewa. Peminat laksa, jom serbu gerai laksa sarang utaqa.
Jangan lupa kuih putu piring, kegemaran zaman berzaman.



Bazar Taman Sri Serdang

Dah berbuka dengan menu lain, nasi tetap jadi keutamaan, kan? Ada Nasi Ambeng Wak Juri, makanan tradisi Jawa. Lauk pauk beraneka dengan harga berpatutan.
Bazar ni juga famous dengan kuih muih sedap. Di gerai kueh talam, ada jenis kuih seperti seri muka pandan, seri muka durian dan tepung talam gula merah.







Makanan viral kena cuba juga! Cromboloni Chocolate, Biscoff dan Matcha/Pistachio dengan harga RM10 memang tak mengecewakan!



Dah penat berjalan, apa lagi yang segar selain mandi dengan Safi Antibac Shower. Aroma tersendiri, pasti rasa segar dan terlindung. Jom kekal terlindung dengan Krim Mandian Antibakteria Safi yang membasmi kuman 99.9%.

Ada berita gembira buat yang dekat dengan bazar-bazar ni. Safi akan bagi sampel Krim Mandian Antibakteria Safi percuma!
Bazar Taman Sri Serdang pada 20 Mac dan 27 Mac, Bazar Taman Equine 19 Mac dan Taman Puncak Jalil pada 18 Mac dan 29 Mac.
Di Taman Puchong Indah pada 24 Mac dan Taman Puchong Prima pada 1 April.
Yang dekat Kinrara dan Subang, sampel percuma juga boleh dapat di bazar Bandar Kinrara 5 pada 21 Mac dan Bazar USJ 4, Subang Jaya pada 25 Mac.








