'JL Fara Houseboat bernilai hampir RM1.2 juta ni saksi kejayaan saya' - Pemilik sebak, kongsikan detik houseboat hanyut dibawa arus - The Reporter

‘JL Fara Houseboat bernilai hampir RM1.2 juta ni saksi kejayaan saya’ – Pemilik sebak, kongsikan detik houseboat hanyut dibawa arus

Sumber Gambar: Tangkap Layar TikTok Fara JL

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Susulan hujan lebat serta arus sungai deras menyebabkan sebuah restoran terkenal di Kelantan, JL Fara Houseboat telah hanyut.

Restoran berkenaan yang dimiliki oleh seorang usahawan dan pengasas kosmetik itu mengalami kerugian mencecah hampir RM1 juta.

Menerusi perkongsian di TikTok, pemilik restoran berkenaan yang dikenali sebagai Fara Jl, berkongsikan detik-detik ketika houseboat berkenaan dihanyutkan.

@farajl_

terima kasih yang mendoakan… terima kasih yang sanggup menolong kami😭😭 ada yang naik sampan, ada yang naik boat bersama anak. ya allah terima kasih 😭😭 terima kasih yg tak terhingga.. #farajl #jlfarahouseboat #jlfara #kelantan #sungaikelantan

♬ original sound – FARA JL – FARA JL

“Hati luluh ya Allah, semalam JL Fara Houseboat baru sahaja ditimpa pokok besar sehingga hancur dapur. Hari ini kedua-dua houseboat Kak Fara hanyut, personal dan restoran.

“Houseboat ini antara saksi kejayaan Kak Fara di mana sebelum adanya nasi berlauk JL Fara. Nilai houseboat hampir cecah RM1.2 juta,” katanya.

Kongsinya, sebelum kejadian houseboat dihanyutkan, berlaku insiden pokok tumbang akibat dari hujan yang lebat dan juga kerja-kerja penghakisan.

“Semalam kami tak dapat tidur sehingga Subuh sebab rakit hampir tenggelam akibat pokok tumbang. Dan hari ni air sungai dah naik dan laju, houseboat dah tak dapat bertahan,” katanya.

Bagaimanapun katanya kedua-dua rakit dapat diselamatkan dan mengharapkan kedua-duanya mampu bertahan.

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!