'Jika band Masa ni masih wujud, pastinya nama sebaris band rockers terkenal' - Angkara iri hati, vokalis kumpulan Masa dibunuh - The Reporter

‘Jika band Masa ni masih wujud, pastinya nama sebaris band rockers terkenal’ – Angkara iri hati, vokalis kumpulan Masa dibunuh

Sekitar tahun 90-an, lagu Patahnya Sayap Malam dendangan kumpulan Masa Scarecrow menjadi siulan anak muda ketika itu.

Lagu ciptaan Awang BPR dan lirik ditulis oleh Ainol Jamal berjaya meletakkan kumpulan Masa Scarecrow untuk menjadi juara bulanan Muzik-Muzik pada bulan Febuari 1991 dan menjadi juara carta muzik di beberapa radio tempatan yang lain, sekaligus membawa mereka ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-6.

Jika kumpulan muzik yang berasal dari Pahang ini masih kekal sehingga kini, sudah pastinya nama mereka sudah sebaris dengan kumpulan penyanyi rock terkenal. Namun, pelbagai peristiwa yang dilalui menyebabkan nama kumpulan ini tenggelam di bibir peminatnya.

Perjuangan kumpulan ini dikatakan telah terhenti apabila vokalis kumpulan ini mati dibunuh dipercayai angkara iri hati rakan-rakannya. Perkongsian mengenai kumpulan Masa ini telah dikongsikan oleh seorang lelaki di aplikasi TikTok.

@m.co__

AJL 1991 Persembahan Massa disabotaj apabila beberapa alat Muzik tidak berfungsi. Padel Drum tercabut dan Gitar tak keluar sound #massascarecrow #zulmassa #kuantan #storytelling #mco #fyp

♬ original sound – m.co__ – m.co__

“Kisah ini berlaku ketika Zul vokalis kumpulan ini sedang berehat di rumahnya. Dia mendapat panggilan daripada seorang perempuan yang merupakan kenalannya dan meminta untuk berjumpa dengan Zul atas urusan penting.

Pada mulanya Zul dikatakan menolak, namun perempuan itu mendesak dan mengugut akan mencederakan dirinya dengan duduk di tengah jalan raya.

“Zul akhirnya akur dan keluar berjumpa di lokasi yang diberitahu oleh perempuan itu, iaitu di Pantai Balok.

“Apabila sampai sahaja di pantai, Zul dikepung oleh lapan orang lelaki dan ketika itu Zul baru tersedar dia telah diumpan oleh perempuan itu. Zul dibelasah teruk hingga tak boleh berdiri,” katanya.

Diheret ke rumah kosong

Bukan hanya dibelasah di situ, lapan orang lelaki tersebut mengheret Zul ke sebuah rumah kosong dan di rumah itu juga Zul sekali lagi dipukul sehingga pengsan.

Menerusi satu perkongsian lain, apabila melihat Zul seperti sudah tidak bernyawa, mereka panik dan meninggalkan Zul di rumah tersebut tanpa bantuan dan rawatan.

“Keluarga Zul mula mencari Zul dan dengan pertolongan kenalan dan orang ramai, Zul ditemui terbaring dan tak sedarkan diri. Zul terus dihantar ke hospital tetapi sudah terlalu lambat untuk terima rawatan,” katanya.

Sehingga kini, ada pihak yang mendakwa kes ini tidak dibela.

Sebelum ini juga, dikatakan persembahan kumpulan Masa pernah disabotaj oleh pihak tertentu semasa persembahan Anugerah Juara Lagu. Ketika persembahan berlangsung, beberapa alat muzik tidak berfungsi. Padel drum tercabut dan gitar tidak mengeluarkan bunyi.

Sumber: TikTok, Facebook

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!