Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Dua jet pejuang Korea Selatan secara tidak sengaja menjatuhkan bom ke kawasan perumahan di Pocheon ketika menjalani latihan bersama tentera Amerika Syarikat, menyebabkan 15 orang cedera, termasuk dua dalam keadaan parah.
Tentera Udara Korea Selatan memaklumkan bahawa lapan bom MK-82 yang dilepaskan dari jet KF-16 telah tersasar dari lokasi sebenar pada jam 10:07 pagi. Kejadian ini dipercayai berpunca daripada kesilapan memasukkan koordinat, mengakibatkan letupan yang memusnahkan dua rumah, sebahagian daripada sebuah gereja dan sebuah trak.
Insiden ini mencetuskan panik apabila asap tebal memenuhi udara. Datuk Bandar Pocheon, Baek Young-hyun, menyifatkan keadaan di lokasi kejadian sebagai “seperti medan perang.” Pasukan penyelamat segera tiba untuk membantu mangsa yang terperangkap dan memadam kebakaran.
- Jet Pejuang Korea Selatan tersilap jatuhkan bom, 15 cedera
- Bil elektrik dijangka naik? Ini penjelasan Kerajaan
- Dua anggota DBKL diserang, digigit penjaja ketika ops pemeriksaan di bazar Ramadan
- Harga santan naik bukan kerana bekalan kurang, tetapi harga kelapa naik – Mat Sabu
- Mahkamah Thailand bebaskan Eda Ezrin daripada pertuduhan miliki 6,059 biji pil yaba
Tentera Korea Selatan telah menghentikan semua latihan menembak di seluruh negara sehingga siasatan selesai. Mereka juga berjanji akan memberikan pampasan kepada mangsa yang mengalami kerugian.
Pihak tentera tidak menolak kemungkinan masalah teknikal turut menjadi punca kejadian ini. Mereka telah memohon maaf dan berharap semua mangsa yang cedera akan segera pulih.
Latihan ini merupakan sebahagian daripada program tahunan “Freedom Shield” yang berlangsung dari 10 hingga 20 Mac. Latihan ini sering menimbulkan ketegangan dengan Korea Utara, yang menganggapnya sebagai ancaman dan pernah bertindak balas dengan ujian peluru berpandu.
Sumber: CNN