'Jangan sia-siakan masa depan anak-anak' - Lelaki kongsi tips galakkan anak membaca, kurangkan gajet - The Reporter

‘Jangan sia-siakan masa depan anak-anak’ – Lelaki kongsi tips galakkan anak membaca, kurangkan gajet

Gambar hiasan (Artificial Intelligence)

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Apabila teknologi telah mendominasi segalanya, tumpuan dan aktiviti sepenuhnya dihabiskan dengan gajet. Tanpa mengira usia dan latar belakang, gajet dilihat sebagai satu peranti penting dalam hidup masyarakat kini.

Situasi ini juga tidak dapat mengembalikan aktiviti kanak-kanak dahulu yang lebih banyak menghabiskan masa dengan bermain dan membaca buku.

Bagaimanapun, menerusi perkongsian ini, hobi membaca buku masih boleh diterapkan dalam kanak-kanak sekiranya ibu bapa memainkan peranan.

“Anak itu cerminan kita. Apa yang anak nampak adalah, parents sibuk main phone. Tak kisah la game ke, SocMed, article. Mula dengan beberapa rules basic.

“Biar anak nampak kita membaca. Setiap pagi saya ada reading session di meja makan dan saya akan terangkan pada mereka buku yang dibaca,” kongsinya.

Tidak menyekat secara kekerasan tumpuan anak kepada gajet, lelaki ini sebaliknya menetapkan had masa tertentu untuk anaknya bermain dengan gajet. Dalam masa sama, dia turut memantau aktiviti mereka.

Kongsinya lagi, ibu bapa perlu menetapkan waktu tertentu untuk menarik minat anak membaca dan buku-buku tersebut juga dibawa ke mana sahaja. Aktiviti membaca ini katanya bukan hanya kepada buku ilmiah sahaja, namun buku komik juga satu tarikan anak-anak mula cenderung untuk membaca.

“Beli buku mereka pilih. Komik pon, komik la.Perlahan-lahan anak akan suka membaca.

“Monkey see, monkey do. Mulakan dengan kita dahulu. Mereka akan follow.

“Cukuplah kita mensia-sia masa lampau kita. Jangan sia-siakan masa depan anak,” tulisnya.

Sumber: Edwin

Total
0
Shares
Total
0
Share