'Jangan meludah ke langit' - Ika Nabella selar individu yang kecam ibu bapa bawa stroller ke dalam lif - The Reporter

‘Jangan meludah ke langit’ – Ika Nabella selar individu yang kecam ibu bapa bawa stroller ke dalam lif

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Baru-baru ini tular satu kenyataan seorang lelaki yang tidak berpuas hati dengan tindakan ibu bapa yang membawa kereta sorong bayi ke dalam lif di Menara Berkembar KLCC.

Hantaran melalui Instagram Story itu bagaimanapun dikecam ramai kerana melihat individu itu bersifat mementingkan diri selain tidak mempunyai sikap bertimbang rasa.

Isu tersebut juga mengundang kritikan pelakon, Ika Nabella yang risau dengan pemikiran anak muda sekarang ini yang seolah tidak peka dengan keadaan sekeliling.

“Jangan meludah ke langit adik. Risau kakak dengan pemikiran sesetengah anak muda sekarang seolah olah menongkat langit atau mungkin individu seperti ini rancang untuk kurangkan populasi di dunia? Siapa tahu?

“Ibu bapa mungkin ada sepatah dua kata. Kita kan terpaling ibu bapa,” tulisnya.

Ika Nabella bagaimanapun enggan mengetahui siapakah individu di sebalik hantaran berkenaan, namun katanya dia perlu menyebarkan tentang kesedaran untuk bertolak ansur dengan ibu bapa yang mempunyai anak kecil.

“Jangan tanya siapa yang post sebab saya tak tahu. Saya mahu sebarkan lebih banyak kesedaran mengenai sikap bertolak ansur dengan ibu bapa yang mempunyai anak kecil,” tulisnya.

Sumber: Ika Nabella

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!