'Jangan kaitkan isu babi dengan rasuah' - Pemimpin PAS | The Reporter

‘Jangan kaitkan isu babi dengan rasuah’ – Pemimpin PAS

Pemimpin PAS memberi kenyataan media mengenai isu babi, rasuah dan pencemaran persekitaran.
Azman menegaskan isu babi perlu dilihat dari sudut pencemaran, bukan diseret ke perbahasan rasuah. | Gambar: Sarawak Tribune / FB Dr Azman Ibrahim

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Kenyataan Ahli Parlimen Puncak Borneo di Dewan Rakyat yang menyebut komuniti pemakan babi “tidak ramai yang mengambil rasuah dan dadah” terus mencetuskan reaksi susulan daripada pelbagai pihak.

Mengulas kenyataan itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Azman Ibrahim, menegaskan rasuah adalah masalah besar negara dan tidak wajar dikaitkan dengan pemakanan atau latar belakang kaum.

Rasuah bukan isu makan apa

Menurut Azman, rasuah bukan masalah mana-mana bangsa dan tidak ada kaitan dengan apa yang dimakan oleh seseorang. Katanya, membawa naratif “kami makan babi tapi kami tak makan rasuah” hanya mengalihkan tumpuan daripada realiti sebenar rasuah yang melibatkan semua kaum.

Beliau menjelaskan, rasuah berlaku merentas bangsa, dengan perbezaan corak bergantung kepada peranan dan penguasaan sektor tertentu dalam sistem pentadbiran dan ekonomi, bukannya faktor budaya atau pemakanan.

Baca juga:

Isu sebenar ialah pencemaran persekitaran

Mengulas isu babi, Azman menegaskan bantahan yang sering dibangkitkan bukan soal menghina pemakanan, sebaliknya berkait pencemaran bau, air dan persekitaran akibat ladang penternakan.

Beliau memberi contoh penduduk di Tasik Gelugor yang didakwa terpaksa menghidu bau dari ladang ternakan babi di Kampung Selamat sejak lebih empat dekad lalu, sambil menegaskan isu itu bukan teori, tetapi realiti yang menjejaskan kehidupan harian penduduk sekitar.

Hormati pilihan, jangan jadikan orang lain mangsa

Azman berkata setiap individu bebas memilih apa yang mahu dimakan, namun kebebasan itu tidak seharusnya menjejaskan hak komuniti lain.

“Soal awak nak makan babi, berapa kali sehari nak makan, nak masak babi resipi apa dan nak hidang macam mana, itu terpulanglah kepada mereka dan keluarga mereka.

@jason.yew

“Kami yang makan babi ini, tidak banyak yang mengambil rasuah, makan dadah dan buat perkara yang pelik-pelik.” – Puncak Borneo #parlimen #dewanrakyat #puncakborneo #gps

♬ original sound – JASON Update – JASON Update

“Kita hidup dalam sebuah negara yang berbilang bangsa serta agama. Orang Melayu Islam rasa tak dihormati bila ladang penternakan babi beroperasi di kawasan majoriti bukan pemakan babi.

“Siapa boleh nafikan bahawa bau dan pencemaran dari ladang babi sangat menjijikkan dan memualkan. Kenapa mesti orang Melayu Islam yang menjadi mangsa?” katanya.

Azman menegaskan isu rasuah tidak wajar digunakan untuk mempertahankan atau menyerang mana-mana budaya pemakanan. Menurutnya, rasuah perlu ditangani secara serius sebagai masalah nasional yang melibatkan semua pihak, manakala isu penternakan babi pula perlu dibincangkan dari sudut alam sekitar dan kesejahteraan masyarakat.

Related Posts