'Jangan berpecah belah dek harta, dunia' - Ali Puteh pesan pada anak-anak - The Reporter

‘Jangan berpecah belah dek harta, dunia’ – Ali Puteh pesan pada anak-anak

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Pelawak, Ali Puteh atau nama sebenarnya, Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 35, baru-baru ini menitip pesan penting kepada anak-anaknya menerusi satu hantaran di TikTok.

Dalam pesanan itu, Ali berharap agar anak-anaknya tidak berpecah belah disebabkan harta dan dunia. Dia juga berharap agar mereka membesar dengan penuh kasih sayang dan kebahagiaan dalam keluarga.

Ali menekankan pentingnya kebersamaan dan kasih sayang dalam keluarga. Dia juga memberi jaminan bahawa dia dan isterinya akan sentiasa ada untuk anak-anak mereka.

Jangan berpecah dek harta, dunia

“Tiada apa yg dapat aku ucap hanya bersyukur dengan segala kurniaan dari ilahi. Tiba masanya kite melangkah dengan penuh hiba dengan segala takdir dari yang esa. Yang pergi takkan kembali dan yang hidup teruskan sehingga tiba masanya nanti.

“Kakak, abang dan adik.. ingatlah pesan ibu dan walid bila kamu besar nanti. Jangan berpecah belah dek kerana harta. Jangan berpecah belah dek kerana dunia. Jangan termakan dek cacian dan makian dari orang. Besarlah kamu dengan segala kasih dan sayang sebagai saudara.

“Bila kita di bawah, orang tidak akan suka dan tertawa. Bila kita di atas juga, orang tidak akan pernah diam dan suka melihat kita. Selagi ada daya ibu dan walid, akan kami bahagiakan kamu wahai anak. Jangan risau dengan jika tiada kawan dan jangan risau jika tiada yang peduli. Walid dan ibu sentiasa ada buat kamu wahai anak.

Sedih melihat anak membesar dengan penuh ujian

“Mari kita keluar melangkah dari segala kekusutan dan ujian dan terus maju ke depan kerana Allah Maha Adil dan Maha Kaya dan Maha Mendengar.

“Sedih melihat kamu membesar dengan penuh ujian dari walid dan ibu. Semoga Allah sentiasa bersama dalam setiap langkah kita sekeluarga,” katanya.

Sebelum ini, Ali kerap menjadi bahan kritikan netizen di media sosial berikutan isu hutang saman pada kakak iparnya, Siti Norhidayah Mohd Ali. Kes itu juga telah mengeruhkan hubungan mereka.

Bagaimanapun, pada Mac lalu Ali telah berjaya membayar hutang tersebut di mana Ali terpaksa menjual beberapa asetnya.

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!