Tompokan darah atas katil bongkar pasangan bukan muhrim di hotel Johor | The Reporter

Tompokan darah atas katil bongkar pasangan bukan muhrim di hotel Johor

Kes tompokan darah di hotel Johor libatkan pasangan bukan muhrim disiasat JAINJ
JAINJ serbu bilik hotel di Johor dan temui kesan mencurigakan atas katil, cetus tanda tanya ramai netizen

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Satu serbuan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) di sebuah hotel di Segamat mendedahkan situasi mencurigakan apabila pasukan penguat kuasa menemui tompokan darah kering pada selimut bilik yang disewa pasangan bukan muhrim, malam kelmarin.

Pasangan berusia awal 20-an itu dipercayai baru mengenali antara satu sama lain melalui media sosial sebelum berjumpa buat pertama kali di hotel berkenaan. Bilik tersebut disewa atas nama pelajar wanita terbabit untuk tempoh dua hari.

Menurut JAINJ, ketika pemeriksaan dilakukan sekitar jam 10.30 malam, wanita berkenaan cuba menutup semula pintu selepas menyedari kehadiran penguat kuasa namun berjaya dihalang.

Baca juga:

Dalam bilik berkenaan, penguat kuasa menemui seorang lelaki duduk bersila di lantai dalam keadaan cemas. Pemeriksaan lanjut menemukan pakaian dalam wanita di atas kerusi, katil berselerak serta tompokan darah kering pada selimut yang masih disiasat puncanya.

Beg pakaian wanita turut dijumpai dalam almari, namun tiada barangan lelaki ditemui. Pasangan itu mengaku bukan suami isteri, masing-masing bujang dan tidak merancang untuk berkahwin.

Kes disiasat mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan-Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997.

Sumber FB Penguatkuasa JAINJ / Berita Harian

Related Posts