'Jahatnya post nama full' - Individu kesal nama 6 wanita terbabit dengan Hot Daddy didedahkan - The Reporter

‘Jahatnya post nama full’ – Individu kesal nama 6 wanita terbabit dengan Hot Daddy didedahkan

Rabu lalu, enam wanita yang terbabit dalam aktiviti tidak bermoral bersama Hot Daddy di aplikasi X telah didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.

Empat daripada enam wanita terbabit mengaku bersalah atas kesalahan memiliki video lucah dalam telefon bimbit dan peranti.

Majistret kemudian menjatuhkan hukuman denda antara RM2,500 hingga RM4,800 terhadap penganggur Nurnabilah Ayuni Hanafi, 22; pemandu pelancong, Amira Natasha Mohammad, 26; penuntut universiti, Nur A’liaa Muhamad Rosly, 22, dan eksekutif pemasaran, Farah Adila Hanum Khairuddin, 36.

Dua lagi wanita iaitu akauntan, Norfatihah Ramle, 30, dan penuntut kolej Felecia Lisa Nandong, 21, mengaku tidak bersalah.

Kesian nama 6 wanita terbabit didedahkan

Bagaimanapun, ada seorang individu di aplikasi X meluahkan rasa simpati terhadap enam wanita berkenaan kerana ada pihak bertindak mendedahkan nama mereka kepada umum.

Menurut individu bernama Angguns itu, tindakan itu disifatkan sebagai ‘jahat’ dan sepatutnya hanya dedahkan nama Hot Daddy.

“Kesiannya, muda-muda (wanita yang ditahan). Jahatnya post nama full. Expose bapa ayam dah lah,” tulisnya.

Namun, ciapan Angguns dibidas oleh netizen yang menganggapnya luahan kasihannya itu tidak kena pada isu.

“Okaylah kena expose. Kang tak memasal lelaki lain terkahwin dengan perempuan seperti ini,” kata Afiq.

“Post nama full tak boleh? Tapi record tayang r#men b#gel jantan betina, share atau jual dekat public, boleh? Does this make sense to your little tiny mini brain di sebalik tudung itu?” kata Muskelon.

“Sama-sama buat jenayah dan buka aib sendiri at the first place. Kenapa yang jantan sahaja patut dilondeh? Sorry not sorry kot, sebab masing-masing dah dewasa. Semua perbuatan ada kesannya. Bukan tak kesian tetapi jadikanlah sebagai pengajaran,” kata Shaadeah.

Terdahulu, Hot Daddy atau nama sebenar Hasli Ikhwan Arif Zul Hasli, 32, ditahan bersama dua wanita, Norshazrina Md Zamri, 27 dan Norhidayah Mahadi, 24, kerana menjalankan aktiviti merakam dan menjual video lucahnya bersama dengan 20 wanita melalui aplikasi media sosial.

Ketiga-tiga mereka bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu.

Sumber: Harian Metro

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!