'Itu video lama' - Zira Ayub jelaskan kontroversi video tanpa tudung | The Reporter

‘Itu video lama’ – Zira Ayub jelaskan kontroversi video tanpa tudung

Zira Ayub jelaskan video lama

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


“Itu video lama, sebelum saya berhijrah menutup aurat,” jelas Nazirah Ayub atau Zira, isteri kepada pelakon dan pengacara Nabil Ahmad, ketika mengulas isu video dirinya tanpa tudung yang tular tahun lalu.

Menurut Zira, video tersebut dimuat naik secara tidak sengaja oleh Nabil melalui Instagram Story.

“Instagram selalunya keluarkan gambar lama (throwback), tapi tak tahu macam mana Nabil termuat naik. Saya enggan bercakap banyak kerana risau isu ini akan jadi lebih panjang dan orang akan menambah perkara yang tidak benar,” katanya memetik laporan Harian Metro, Sabtu, 18 Januari 2025.

Zira turut menjelaskan bahawa Nabil kurang mahir menggunakan media sosial dan akaun Instagram suaminya itu sebenarnya diuruskan olehnya.

Sementara itu, Nabil turut mengakui insiden tersebut berlaku akibat kesilapannya sendiri.

“Saya akan lebih berhati-hati menggunakan media sosial selepas ini,” katanya.

5 November 2024, video Zira tanpa tudung dimuat naik di Instagram Story, memaparkan dirinya hanya memakai topi hitam sambil menikmati minuman. Video itu turut menunjukkan rambut Zira yang panjang berwarna perang, mencetuskan pelbagai reaksi netizen.

Related Posts