Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Susulan isu kebocoran bumbung Axiata Arena semalam, Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) dalam satu kenyataan, memohon maaf kepada semua pihak.
Dalam kenyataan tersebut menyebut masalah kebocoran itu adalah kerana proses penggantian bumbung lama yang dilakukan pada pertengahan 2024. Bumbung berkenaan katanya telah digunakan sejak tahun 1998.
Sejak pertengahan 2024 hingga kini ujarnya, tiada sebarang kebocoran berlaku.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PSM, Iliyas Jamil kebocoran yang berlaku disebabkan oleh air hujan yang menitis dan terkena pada gelanggang.
“PSM dengan kerjasama kontraktor sudah melaksanakan kerja-kerja segera untuk mengalirkan air ke tempat lain sejak jam 4.30 petang dan gelanggang boleh digunakan semula pada jam 8 malam.
“PSM dan kontraktor akan menyediakan lebih 10 orang kakitangan untuk bersedia di bumbung selepas ini sepanjang kejohanan berlangsung bagi memastikan insiden ini tidak berulang,” katanya.
Dalam pada itu, PSM juga mengenalpasti kawasan-kawasan yang bermasalah dan menyegerakan kerja-kerja yang perlu dilakukan.








