Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Isteri kepada pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim, iaitu Nur Syazwani Mizuana Shahril, dilaporkan telah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Klang pada Selasa.
Memetik laporan mStar, berdasarkan jadual info mahkamah, sebutan kes tersebut ditetapkan berlangsung pada jam 2.30 petang di hadapan Hakim Syarie Mohd Hairuddin Ab Rahim.
Faisal, atau dikenali sebagai Mickey, mendirikan rumah tangga dengan Nur Syazwani pada 9 Mac 2019 dan hasil perkongsian hidup itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Khalish Aryan.
Baca juga:
- Video pelajar berbaring di padang awam Melaka tular, cetus pelbagai reaksi netizen
- Lelaki maut terlanggar kuda melintas di Merlimau
- Shell Beseri mohon ‘Misai’ dipulangkan, masih dalam rawatan FIP
Terdahulu, nama Faisal menjadi perhatian apabila beliau menjadi mangsa serangan asid di sebuah pusat beli-belah sehingga mengalami lecur tahap empat.
Insiden itu mengundang simpati ramai dan solidariti meluas daripada penyokong bola sepak tanah air.
Walaupun diuji dengan kecederaan parah, Faisal tetap menunjukkan semangat juang tinggi apabila berjaya kembali beraksi di padang.








