Istana Negeri Sembilan tarik balik darjah kebesaran Rais Yatim | The Reporter

Istana Negeri Sembilan tarik balik darjah kebesaran Rais Yatim

Kenyataan rasmi Istana Negeri Sembilan mengenai penarikan balik darjah kebesaran Tan Sri Dr. Mohd Rais Yatim.
Gambar: FMT

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir menitahkan penarikan balik dua darjah kebesaran negeri yang dikurniakan kepada Tan Sri Dr. Mohd Rais Yatim, berkuat kuasa serta-merta.

Menerusi kenyataan akhbar yang dikeluarkan Pendaftar Darjah, Datuk Mohd Zafir Ibrahim, memaklumkan penarikan balik itu melibatkan Darjah Seri Utama Negeri Sembilan (S.P.N.S) yang diterima pada 2001 dan Darjah Dato’ Setia Negeri Sembilan (D.S.N.S) pada 1979.

Menurut kenyataan itu, keputusan berkenaan dibuat bagi memelihara kebesaran, kemuliaan serta kehormatan Institusi Diraja Negeri Sembilan.

Baca juga:

Tan Sri Dr. Mohd Rais Yatim sebelum ini menerima Darjah Dato’ Setia Negeri Sembilan (D.S.N.S) pada tahun 1979 dan kemudiannya dikurniakan Darjah Seri Utama Negeri Sembilan (S.P.N.S) pada tahun 2001.

“Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan telah menitahkan penarikan balik kurniaan Darjah Seri Utama Negeri Sembilan (S.P.N.S) (2001) dan Darjah Dato’ Setia Negeri Sembilan (D.S.N.S) (1979) kepada Tan Sri Dr. Mohd Rais bin Yatim, berkuat kuasa serta merta,” katanya.

Related Posts