Inspektor direman 7 hari kerana disyaki merogol wanita yang datang membuat laporan polis - The Reporter

Inspektor direman 7 hari kerana disyaki merogol wanita yang datang membuat laporan polis

Gambar hiasan (Artificial Intelligence)

Seorang pegawai penyiasat berpangkat Inspektor telah ditahan reman selama tujuh hari atas tuduhan merogol seorang wanita.

Lapor media tempatan, kejadian itu didakwa berlaku di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat, semasa mangsa tampil membuat laporan polis berhubung kes lain.

Perintah reman telah dikeluarkan oleh Majistret Wan Ashrul Afham Mohamad Azmi, yang akan berlangsung sehingga Isnin depan, bagi membolehkan pihak berkuasa melakukan siasatan lanjut terhadap suspek yang berusia 38 tahun itu.

Peguam yang mewakili suspek, Mohd Firdaus Zainal Abidin bagaimanapun telah membantah permohonan tahanan reman. Namun, mahkamah tetap dengan keputusan untuk menahan pegawai polis terbabit untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, menegaskan bahawa pihaknya tidak akan berkompromi dalam kes ini dan akan menjalankan siasatan dengan teliti. Beliau juga menambah bahawa suspek akan disiasat di bawah kesalahan tatatertib.

Menurut siasatan awal, kejadian itu berlaku ketika mangsa, yang berusia 23 tahun dan merupakan peniaga barangan kosmetik secara dalam talian, hadir di IPD Tumpat sebagai saksi dalam satu kes pemerasan. Ketika kejadian berlaku, tiada sesiapa di tempat tersebut.

Sumber: Berita Harian, Bernama

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!