Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Seorang wanita di TikTok berdepan kecaman hebat selepas berkongsi video penjelasan sambil ketawa menceritakan tentang insiden anaknya merobohkan pelamin di sebuah majlis perkahwinan.
Dalam video yang dimuat naik, pemilik TikTok @ayeen.ori itu menjelaskan dia tidak menyangka anak kecilnya akan bertindak begitu.Â
Katanya, anaknya terlalu teruja bermain di atas pelamin kerana melihat ada kanak-kanak lain yang turut bermain di situ.
Anak tolak sofa pelamin
Menurut Ayeen lagi, anaknya menolak sofa yang berada di atas pelamin, dan dia pada mulanya menyangka hanya sofa itu akan tumbang.
Namun, tidak disangka, keseluruhan struktur backdrop pelamin turut roboh, mengejutkan tetamu di dalam dewan.
“Memang nak marah, tapi dalam masa sama kelakar,” katanya sambil ketawa dalam video tersebut.Tambahnya, suaminya segera cuba membetulkan pelamin yang roboh itu sambil menahan rasa malu.
Mereka kemudian memilih untuk segera beredar dari majlis kerana tidak tahan dengan perhatian yang diterima selepas insiden tersebut.
“Wajah suami saya masa itu sabar mencari anak. Lepas anak buat, dia terus lari,” katanya lagi.
Ayeen turut menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati dan tidak membiarkan anak-anak bermain di atas pelamin, kerana insiden itu menjadi pengajaran besar buat dirinya
Netizen tidak bersetuju dengan respon
Meninjau ke ruangan komen, pengantin perempuan dilihat tampil memberi reaksi tenang dan berkata dia tidak berkecil hati, malah menganggap ia sebagai kenangan buat dirinya.
Bagaimanapun, majoriti netizen kurang senang dengan sikap Ayeen yang dilihat terlalu santai. Ada yang menegur bahawa sebagai ibu, dia sepatutnya lebih peka tentang kos besar yang perlu ditanggung pengantin untuk membina pelamin tersebut.
Seorang pengguna mengatakan, “awak sebagai seorang ibu kena ada common sense. Memang pengantin cakap dia okay je, tapi awak tak fikir berapa lama dia cari duit untuk bayar semua kos untuk perkahwinan dia?”
Sehingga kini, video penjelasan tersebut terus menjadi perbualan hangat di TikTok.
Sumber: X Faiz Fayeshz








