Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Sebagai pemilik rumah, ramai yang mengharapkan penyewa menjaga rumah yang disewa dengan baik. Namun, kadang-kadang situasi tidak berjalan seperti yang diharapkan.
Dalam satu hantaran Facebook yang tular, pemilik rumah sewa, Maziahtul Zawani Munshi, mendakwa penyewa bertindak menjual perabot di rumah sewa tanpa pengetahuannya.

“Ini semua perabot rumah saya. Penyewa cuba untuk jual. Jangan beli! Siapa yang dah beli, sila hubungi saya segera!” tegasnya.
Gambar-gambar yang dikongsikan menunjukkan penyewa bernama Amiley Batrisya memuat naik perabot dalam rumah sewa untuk dijual dengan harga yang murah.
Menurut Maziahtul, penyewanya yang dikenali sebagai Amiley juga tidak membayar sewa bulanan. Pernah cuba mengajaknya berbincang, tetapi tidak diendahkan.
“Dia tak bayar sewa. Banyak kali dah berlembut. Tau-tau ada orang beritahu, dia iklankan perabot-perabot rumah saya. Saya punyalah baik tak halau dia walaupun sewa rumah masih belum dibayar. Tapi dia sampai hati nak menjual perabot rumah saya, ini sudah melampau,” katanya.
Maziahtul turut menggesa mana-mana individu yang telah membeli perabotnya tampil memulangkannya semula dan satu laporan polis akan dibuat terhadap penyewa berkenaan.








