Sedang kecoh di media sosial mengenai pelakon yang juga model wanita, Nia Atasha Rosli, 26, yang baru-baru ini berkongsi berita gembira mengenai dirinya yang dipilih menjadi model bagi kempen baru jenama Victoria’s Secret.
Selain Nia, turut bersama menjayakan kempen itu adalah Jane Teoh (Miss Universe 2018) dan pelakon dari Thailand, Janie.
Dalam temubual bersama EH! Malaysia, Nia menganggap pemilihannya itu adalah sebagai satu penghormatan dan peluang besar yang perlu diambil. Malah dia sudah lama menyimpan impian untuk bekerjasama dengan jenama tersebut.
Menurut Eh! Malaysia, Nia merupakan antara model pertama di Asia yang memperagakan koleksi T-Shirt Bra meraikan keberanian dan menyerlahkan keyakinan wanita.
Difahamkan, anak jati Kuala Lumpur ini mula berkecimpung sebagai model selepas tamat sekolah menengah. Nia mula mendapat perhatian dalam bidang lakonan apabila dia membawa watak Mia dalam drama web Inikah Dikatakan Cinta.
Tinjauan di ruangan komen mendapati ada netizen yang memuji dan mengucapkan tahniah kepada Nia. Tetapi tidak kurang juga netizen meluahkankan rasa sedih dan kecewa dengan tindakannya itu yang dikatakan bertentangan dengan agama Islam yang menuntut golongan wanita menutup aurat.


Sumber: Eh! Malaysia, Instagram Nia Atasha Rosli