'Ini adalah jalan yang terbaik' - Bella Astillah hadir ke mahkamah syariah untuk proses cerai | The Reporter

‘Ini adalah jalan yang terbaik’ – Bella Astillah hadir ke mahkamah syariah untuk proses cerai

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Pelakon Bella Astillah hari ini tampil di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur hari ini untuk sebutan kes cerai terhadap suaminya, Aliff Aziz.

Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah, tiba di perkarangan mahkamah bersama dengan ibu, Zarina, dan adiknya, Didi Astillah.

Ditanya mengenai keadaan anak-anak, Bella menjelaskan dua cahaya matanya itu tidak terkesan apa-apa.

“Diorang tak terkesan apa-apa, sebab Bella sentiasa bagi alasan macam ‘Daddy work’. And then diorang pun tak main phone,

“Macam Ayden pula, dia attend chinese school. So dia tak dengar apa-apa berita. Dia tetap hantar wish Ramadan dekat Daddy dia,” katanya yang sebak semasa ditemubual wartawan Melodi.

https://www.tiktok.com/@melodiberapi/video/7345722304552357122?lang=en

Walau bagaimanapun, Bella tidak menghalang Aliff untuk berjumpa dengan anak-anak mereka, malah tidak akan mengenakan sebarang syarat untuk berbuat demikian selepas ini.

Menggulas mengenai keputusannya untuk bercerai, Bella berkata itu adalah jalan yang terbaik untuk mereka.

“Bella rasa ini adalah jalan yang terbaik untuk Bella dan Aliff. Semua orang tahu kita dah pernah rujuk dulu.

“Jadi, Bella rasa dengan kita memilih haluan masing-masing itu adalah jalan yang terbaik,” katanya.

Sumber: Melodi TV3, XTRA

Related Posts