Ibu Zayn Rayyan didapati bersalah atas kes pengabaian anak | The Reporter

Ibu Zayn Rayyan didapati bersalah atas kes pengabaian anak

Ibu kepada Zayn Rayyan, Ismanira Abdul Manaf, keluar dari Mahkamah Sesyen Petaling Jaya selepas keputusan diumumkan.
Gambar: Bernama

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Mahkamah Sesyen hari ini mendapati Ismanira Abdul Manaf, 30, ibu kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, bersalah atas pertuduhan mengabaikan anak autistik berusia enam tahun itu hingga menyebabkan kecederaan fizikal, dua tahun lalu.

Susulan itu, Ismanira dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun dan dikenakan bon berkelakuan baik selama dua tahun serta menjalani khidmat masyarakat selama 120 jam dalam tempoh enam bulan.

Pada 21 Julai lalu, mahkamah memerintahkan Ismanira membela diri selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie, manakala suaminya, Zaim Ikhwan Zahari, 30, dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan yang sama.

Mahkamah kemudiannya menangguhkan prosiding seketika bagi memberi ruang kepada kedua-dua pihak mengemukakan hujahan mitigasi sebelum hukuman dijatuhkan.

Pertuduhan dan Latar Belakang Kes

Mengikut pertuduhan, pasangan itu didakwa mengabaikan Zayn Rayyan dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal terhadap mangsa di sekitar kawasan Blok R, Apartmen Idaman, Damansara Damai hingga ke kawasan sungai berdekatan, antara 12 tengah hari, 5 Disember hingga 9.55 malam, 6 Disember 2023.

Baca juga:
Latar Belakang Kejadian

Zayn Rayyan, kanak-kanak autistik berusia enam tahun, dilaporkan hilang pada 5 Disember 2023, sebelum mayatnya ditemukan keesokan harinya di aliran anak sungai berhampiran kawasan perumahannya di Damansara Damai.

Kehilangan dan kematian tragis Zayn mendapat perhatian meluas masyarakat, sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi dan desakan agar keadilan ditegakkan.

Sumber: Berita Harian, Sinar Harian

Related Posts