Ibu tunggal ditemui maut, disyaki terjatuh dari tingkat 12 - The Reporter

Ibu tunggal ditemui maut, disyaki terjatuh dari tingkat 12

Mayat seorang wanita ditemui berlumuran darah oleh orang awam di Taman Melaka Raya, semalam, dipercayai terjatuh dari tingkat 12 sebuah hotel. 

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, pihaknya menerima maklumat dari orang awam pada jam 10.52 pagi yang memaklumkan mengenai penemuan mayat mangsa.

Sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Polis Banda Hilir kemudian dikerahkan ke lokasi kejadian dan mendapati mayat mangsa berada dalam keadaan tertiarap dan kepalanya berlumuran darah.

Semakan pada video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) milik hotel  menunjukkan, mangsa bukan tetamu masuk ke premis itu kira-kira jam 10.23 pagi. Mangsa naik ke tingkat 12 dan selepas minit kemudian, mangsa dipercayai terjun dari koridor laluan ke bilik hotel. 

Siasatan awal mendapati, mangsa adalah seorang ibu tunggal berusia 55 tahun bekerja sebagai penjual produk kesihatan. Namun, mangsa kehilangan kerja selepas negara dilanda Covid-19, menyebabkan wanita itu mengalami masalah kewangan. 

Pemeriksaan di lokasi kejadian, tidak menemui sebarang unsur-unsur jenayah. Polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kes mati mengejut. 

Sumber: Harian Metro

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!