Ibu pukul anak guna tali pinggang kerana hilangkan sticker sekolah | The Reporter

Ibu pukul anak guna tali pinggang kerana hilangkan sticker sekolah

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


MEDAN, INDONESIA – Rabu lalu, tular di media sosial video seorang ibu tergamak memukul anak perempuannya menggunakan tali pinggang, mencetuskan rasa geram netizen.

Dalam video berdurasi satu minit itu, wanita berkenaan bagaikan hilang kawalan bertindak melibas tali pinggang itu pada mangsa berkali-kali bagaikan tiada hari esok.

https://twitter.com/Heraloebss/status/1838861992100270487

Walaupun mangsa berulang kali memohon maaaf di atas kesilapannya, wanita itu tidak mengendahkan dan berterusan memukul anaknya.

Perbuatan wanita itu terbongkar selepas mangsa ditanya oleh rakan-rakan sekolah mengapa badannya sakit. Mangsa hanya sekadar menjawab, “Dipukul ibu”. Kasihan melihat keadaannya itu, rakan-rakan segera memaklumkan kepada guru yang kemudian melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.

Bertindak di atas laporan, Unit Perlindungan Wanita dan Kanak-Kanak telah menahan suspek untuk membantu siasatan.

Siasatan awal mendapati, suspek sudah bercerai dengan suaminya sejak empat tahun lalu dan kini dia menanggung beban tanggungjawab yang besar, termasuk menyara dua anaknya yang masih bawah umur.

Suspek dikatakan selalu memukul dua anaknya berusia 1 dan 6 tahun. Dalam kejadian terbaru itu, suspek mengaku memukul anaknya kerana menghilangkan pelekat yang diperolehi dari sekolah.

Dua beradik berkenaan telah diselamatkan dan akan diberi khidmat kaunseling untuk menangani trauma serta pemulihan mental.

Suspek berdepan dengan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda maksimum Rp15 juta (RM4,087). – Agensi

Related Posts