Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Sayu hati melihat seorang suami setia menemani jenazah isterinya yang telah pergi buat selama-lamanya. Itulah detik menyentuh perasaan yang dikongsikan oleh Mr Wan Chai Official di Facebook, memaparkan urusan pengurusan jenazah Ain Farhana binti Mohd Fadzli, 27, yang meninggal dunia akibat pendarahan dalam kepala selepas melahirkan anak kedua di Hospital Shah Alam.
Jenazah almarhumah diuruskan dengan penuh tertib dan dihantar pulang oleh suami sendiri yang turut berada di sisi sepanjang proses tuntutan jenazah di Jabatan Forensik hospital berkenaan. Tindakan itu mengundang rasa sebak dalam kalangan ramai netizen yang menyaksikan detik itu melalui perkongsian video tersebut.
Baca juga:
- ‘Sweeper kata dia okay & sedang cuba untuk turun’ – Rakan nafi dakwaan tinggalkan Mustaqqeem
- Kematian Mustaqqeem Mansoor disahkan akibat hipotermia, dua malim gunung ditahan
- Larangan telefon bimbit pelajar bawah 16 tahun sedang dikaji – Anwar
Ain Farhana meninggalkan dua orang anak yang masih kecil, termasuk bayi yang baru dilahirkan. Anak sulungnya pula baru berusia dua tahun. Ramai yang tersentuh mengenangkan nasib anak-anak yang membesar tanpa sempat mengenali kasih ibu sepenuhnya.
Di ruangan komen, ramai netizen menzahirkan ucapan takziah dan mendoakan agar arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Tidak kurang juga yang mendoakan agar suaminya terus diberi kekuatan untuk membesarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang.
Perkongsian ini turut dijadikan peringatan kepada orang ramai agar menghargai pasangan hidup dan insan tersayang selagi masih berpeluang meluangkan masa bersama.
Sumber: FB Mr Wan Chai Official