Ibu maut, anak cedera parah digilis kereta api di Petagas | The Reporter

Ibu maut, anak cedera parah digilis kereta api di Petagas

Sumber Gambar: Tangkap Layar video FB Info X

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang wanita maut manakala anaknya cedera parah, dipercayai digilis kereta api di Kampung Petagas, Sabah.

Mangsa yang berusia 41 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan anak lelakiya yang berusia 11 tahun putus kaki dan cedera bahagian tangan dan kepala.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 1.30 tengah hari tadi dikatakan berlaku semasa mangsa dan anaknya sedang melintas jalan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Muhibbah, Petagas yang terletak di seberang landasan.

Sebelum itu, mangsa Lena Gabin mengambil anaknya balik dari Sekolah Kebangsaan (SK) Petagas dengan berjalan kaki.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Putatan, Noorsherriyana Bohari, ketika kejadian, kereta api tersebut dari arah Putatan menuju ke Kota Kinabalu.

“Akibat kejadian itu, mangsa wanita meninggal dunia di lokasi manakala anaknya putus di bahagian kaki dan cedera di tangan dan kepala.

“Anak mangsa pula dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.

Sumber: Sinar Harian,Info X

Related Posts