Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Seorang ibu tidak menyangka dua anak lelakinya mengalami kecederaan dan lebam pada hari pertama dihantar ke rumah pengasuh baru.
Luth, yang baru berusia enam bulan, telah digigit lebih dari lapan kali oleh anak pengasuh sehingga kulitnya terkoyak dan berdarah. Manakala, abangnya, Nuh, lebam di beberapa bahagian badan dipercayai dilempang dan dicubit oleh jari orang dewasa di bahagian muka.
“Sampai sekarang Nuh masih trauma dan demam. Dia sendiri menyaksikan adiknya digigit,” kata ibu dua beradik itu, Nurhidayah Jamil.
Difahamkan, pengasuh hanya sekadar memohon maaf dengan apa yang berlaku dan memberikan RM50 sebagai pampasan untuk dua beradik itu mendapatkan rawatan serta ubat sapu.
Susulan kejadian itu, Nurhidayah telah membuat laporan polis dan anak-anaknya telah dibawa ke pusat perubatan untuk mendapatkan rawatan.
Kes itu kini dalam siasatan polis. Namun, keluarga mangsa enggan mengambil tindakan terhadap pengasuh terbabit kerana mengenangkannya juga yang mempunyai anak kecil.
“Saya serahkan semuanya kepada pihak polis untuk siasatan lanjut. Terima kasih kepada semua yang turut berduka cita dengan apa yang berlaku.
Beliau berharap, insiden yang menimpa dua anaknya itu dapat menjadi iktibar kepada pengasuh dan ibu bapa di luar sana bagi mengelakkan perkara yang sama berulang kembali.
Sumber: Facebook