Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Seorang wanita yang dihukum penjara selama tiga tahun pada Rabu, 31 Januari 2024, kerana menyimbah air panas pada anak lelakinya yang berusia 13 tahun.
Menurut laporan, kejadian itu berlaku di kediaman mereka di taman perumahan kakitangan kerajaan di Sungai Udang, pada pukul 2.56 pagi pada 27 Jun 2022.
Tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas anaknya kerana marah anaknya telah menggunakan data internet telefon bimbit miliknya untuk menonton video lucah.
Kecederaan yang dialami oleh mangsa telah dilihat oleh rakan mangsa yang kemudian memaklumkan perkara itu kepada ibunya dan seterusnya membuat laporan polis.
Tertuduh yang juga ibu kepada lima orang anak itu tidak diwakili peguam, telah merayu hukuman yang lebih rendah kerana dia mempunyai tiga anak yang masih kecil berusia enam tahun (yang juga orang kurang upaya), empat tahun dan bayi enam bulan.
Selain itu, tertuduh juga mengalami tekanan sejak insiden itu dan sebagai pesakit psikiatri, dia terpaksa menambahkan dos ubatnya dengan kelulusan doktor daripada 50 miligram kepada 100 miligram setiap hari.
Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Nazrin Ali Rahim, memohon hukuman setimpal dikenakan terhadap wanita tersebut sebagai pengajaran kepada masyarakat umum.
Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun bermula dari tarikh wanita tersebut ditangkap, iaitu pada 8 Julai tahun lalu.
Sumber: Sinar Harian