Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Penyanyi rap, Caprice mendedahkan satu isu mengejutkan melibatkan seorang pelakon kanak-kanak lelaki dan seorang anggota beruniform.
Menerusi hantaran di Instagram, Caprice berkongsi tangkap layar perbualan yang didakwa antara ibu kepada kanak-kanak tersebut dan lelaki berkenaan, serta mesej peribadi yang dihantar kepada anaknya.
Menurut ibu mangsa, pada awalnya dia tidak mengesyaki apa-apa, namun mula berasa curiga apabila melihat perubahan sikap anaknya yang dikatakan semakin obses dengan telefon dan mula menjauhkan diri daripada keluarga.
“Lama-lama saya perasan anak makin hilang rasa hormat pada mak ayah, asyik melekat dengan handphone dan WhatsApp. Masa tu saya tergerak hati nak semak mesej anak saya dengan lelaki tu.
“Rupa-rupanya, dia dah ‘brainwash’ anak saya. Cakap dia sayang anak saya dan kalau saya tahu, saya mesti takkan benarkan mereka rapat,” katanya.
Lebih membimbangkan, wanita itu mendakwa menemui mesej bersifat peribadi dan emosi daripada lelaki berkenaan, termasuk ungkapan seperti “Abba sayang awak,” dan “Jangan pergi dari Abba.”
Beberapa mesej lain turut menunjukkan cubaan mempengaruhi kanak-kanak itu, seperti penjelasan simbolik pada bahagian wajah yang digambarkan sebagai “dahi supaya bijak, mata pandang yang baik, dan hujung bibir selalu bercakap baik.”
Baca juga:
- Dr Izzar tegur tindakan Nadzmi Adhwa
- ‘Saya tak pernah larikan diri’ – Namewee
- Komen Syed Saddiq tenangkan peminat, khabar angin BASS reda
Walaupun mesej tersebut tidak mengandungi unsur seksual secara terang-terangan, konteks perbualan yang berlaku antara seorang dewasa dan seorang kanak-kanak bawah umur disifatkan sebagai cubaan membina keterikatan emosi yang tidak wajar, atau dikenali sebagai grooming.
Dalam perkembangan berkaitan, isteri kepada lelaki terbabit turut didakwa menghubungi ibu mangsa bagi memohon agar laporan polis yang dibuat ditarik balik atas alasan ia boleh menjejaskan kerjaya suaminya sebagai penjawat awam.








