Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Seorang wanita meluahkan rasa sedih dengan insiden yang melibatkan anaknya, Nadeem Rizqi murid Tahun 1 yang dipercayai telah dibuli oleh rakan sekolah.
Menerusi hantaran di Facebook, wanita berkenaan yang dikenali sebagai Ayu WD mengatakan Nadeem telah ditolak oleh rakannya dari arah belakang menyebabkan Nadeem terjatuh dalam keadaan tersembam dan hentakan yang kuat menyebabkan alat sulitnya berdarah.
“Nadeem jatuh dalam keadaan tersembam, hentakan yang kuat selepas ditolak oleh kawan dari arah belakang oleh kawan Tahun 1 dari kelas sebelah. Anak saya pun Tahun 1. Jadi waktu rehat ketika dia jalan kaki nak masuk ke kelas daripada kantin,” katanya.
Ayu berkata, Nadeem tidak melaporkan kejadian berkenaan kepada mana-mana cikgu, sebaliknya hanya memaklumkan kepadanya semasa dia menjemput Nadeem dari sekolah.
“Anak saya diam tidak ceritakan kepada mana mana cikgu. Ketika kejadian ada kawan kawan sekelas dia datang membantu dia. Terima kasih aunty ucapkan.
“Ketika saya jemput dia pulang sekolah, baru dia cerita bahawa kawan dia menolak dia sampai zakar dia berdarah. Saya sangat terkejut. Terus saya bawak anak dapatkan pemeriksaan lanjut,” jelasnya.
Susulan insiden berkenaan juga, Nadeem telah dimasukkan ke hospital selama lapan hari untuk pemeriksaan lanjut.
Disebabkan trauma yang dialami, ibu Nadeem mengambil keputusan untuk memindahkan anaknya ke sekolah lain bagi mendapatkan persekitaran yang lebih selamat dan kondusif untuk pemulihan emosi serta mentalnya.
Difahamkan juga, kes berkenaan sudah dilaporkan kepada pihak polis.








