Hilang sejak seminggu lalu, pemandu e-hailing ditemukan selamat - The Reporter

Hilang sejak seminggu lalu, pemandu e-hailing ditemukan selamat

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Lelaki yang dilaporkan hilang sejak 12 Julai lalu dilaporkan ditemukan selamat di tepi jalan Pandamaran, Klang.

Kehilangan beliau dilaporkan oleh ahli keluarga setelah gagal dihubungi selepas menghantar penumpang ke Teluk Intan.

Dalam pada itu, menerusi satu laporan memaklumkan kehilangan lelaki berkenaan yang merupakan seorang pemandu e-hailing kerana mengalami masalah kewangan kritikal.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya berjaya mengesan lelaki berusia 33 tahun berkenaan di lokasi terbabit jam 5.40 petang tadi.

“Ketika ditemui, lelaki itu dalam keadaan selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan fizikal.

“Hasil temu bual awal pihak polis mendapati lelaki itu tidak memaklumkan kepada ahli keluarga mengenai keberadaannya kerana dalam keadaan tekanan berikutan masalah kewangan kritikal.

“Pihak polis juga sudah maklumkan kepada ahli keluarga bahawa orang hilang terbabit dijumpai dalam keadaan baik,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Total
0
Shares
Total
0
Share