Sebahagian lagi yang lain, telah pun dilaporkan kepada polis dan dalam siasatan iaitu kes yang merugikan Tabung Haji. Antara kes-kes yang membawa kerugian seperti arahan untuk tidak menjual saham FGV sehingga kerugian RM 1.1 bil, TH menyelamatkan Ramunia (nama lama sebelum ditukar kepada nama TH heavy) sehingga kerugian RM 670 juta dan TH membeli 30 % peilikan dalam syarikat Putrajaya Perdana melibatkan RM 144 juta kerugian.
Tidak dinafikan, perubahan kerajaan PH dari BN buat pertama kali dalam sejarah Malaysia turut menambah lagi perisa ketidaktentuan pasaran saham di Malaysia. Ia perkara lumrah bagi sebuah perubahan besar dalam sesebuah negara.
Bermakna, Hibah tinggi masih boleh diberi tetapi dengan cara melanggar akta TH, mengubah ambang rosot nilai secara salah sekaligus melanggar piawaian perakauan TH sendiri dan menggunakan deposit penyimpan. Ini semua kalau dilakukan pada tahun 2018, pasti boleh memberikan lebih dari 6 % hibah tetapi ia salah di sisi undang-undang dan juga syara’ serta menjatuhkan standard TH seperti skim cepat kaya pak man telo yang menggunakan duit pelabur awal untuk membayar pelabur terkemudian, bukan didasari oleh untung perniagaan tetapi memusing-musing wang penyimpan.
Bagi penyimpan untuk keuntungan yang lain dari itu termasuklah 1.3 % penyimpan kaya di TH yang merupakan pemegang RM 37 bil dari keseluruhan jumlah simpanan RM 74 bil wang penyimpan, bertenanglah sekejap dan kemudian dengar dan fahami penjelasan pihak tabung haji dan bukan orang politik dari mana-mana parti politik sama ada pembangkang atau kerajaan (mereka saling melobi sokongan).








