'Hati saya dekat yang first love' - Lelaki nekad ceraikan isteri untuk bersama first love - The Reporter

‘Hati saya dekat yang first love’ – Lelaki nekad ceraikan isteri untuk bersama first love

Ada sesetengah individu tidak dapat melupakan cinta pertama. Anggapan mereka cinta pertama itu lah yang membuatkan mereka mula mengenali erti cinta yang sebenar.

Seperti juga pengakuan yang dibuat oleh selebriti Hafidz Roshdi yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan buat kali kedua, dia menyatakan isterinya Athira merupakan cinta pertamanya yang dikenali semenjak di bangku sekolah.

Bagaikan topik hangat yang menarik perhatian umum, kisah cinta pertama turut didedahkan oleh seorang pendengar stesen radio Era yang dikenali sebagai Jimmy.

@era.je

Memang cari nahas lah Jimmy ni. Dah tau awak tu dah kahwin tapi masih lagi tak boleh move on dengan first love. Sanggup dia cakap nak ceraikan wife dia sebab first love tu ada tempat paling special kat hati dia. #sharERA #3PAGIERA #fyp

♬ original sound – ERA – ERA

Jimmy turut mengulas mengenai pengakuan Hafidz Rohsdi dan bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh Hafidz.

“Saya ada mengenali seorang wanita daripada kecik. Bila meningkat dewasa, masing-masing ada pasangan tapi kitorang tahu kitorang ni first love,” katanya.

Dia juga mendedahkan walaupun sudah melangsungkan perkahwinan sekitar setahun lebih, dia masih berhubungan dengan cinta pertamanya itu. Pendedahan tersebut juga membuatkan tiga penyampai radio terkejut.

“Hati saya masih dekat first love dan saya kena tamatkan dengan yang sekarang (isteri).

“Ada satu tempat istimewa dalam hati ni. Kalau ikut hati, sekarang jugak saya nak pergi pada first love saya tu.

Pendedahan tersebut juga membuatkan penyampai radio, Pak Azad mula keliru samada pemanggil tersebut Hafidz atau Jimmy. Hawa Rizwana dan Radin pula seolah hilang kata-kata mendengar pengakuan tersebut.

Sumber: ERA

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!