'Hari pertama jejak tahun 2024, tetapi warga kota masih buang sampah sesuka hati' - DBKL - The Reporter

‘Hari pertama jejak tahun 2024, tetapi warga kota masih buang sampah sesuka hati’ – DBKL

Sumber gambar: Facebook DBKL

Tahun baru, azam baru. Begitu juga harapan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kepada warga kota. Namun, harapan itu nampaknya masih jauh panggang dari api kerana sikap sesetengah warga kota yang masih membuang sampah merata-rata mengecewakan.

Pada hari pertama tahun 2024 ini, DBKL meluahkan rasa kecewa terhadap sikap dan cara berfikir sesetengah warga kota yang masih berada di takuk lama.

Mereka membuang sampah sesuka hati dengan anggapan “Pandai-pandai la DBKL bersihkan nanti”.

Ironinya, warga kota ini masih berharap Kuala Lumpur dapat dibandingkan dengan bandar-bandar lain dari segi keindahannya. Tetapi masih gagal dalam aspek menjaga kebersihan.

DBKL menyeru agar warga kota memulakan tahun baru ini dengan sikap yang lebih bertanggungjawab terhadap kebersihan.

“Bukannya minta anda tolong bersihkan kawasan. Cukup sebagai permulaan, masing-masing urus sampah sendiri, jangan buang merata dan kalau perlu, bawa plastik sampah sendiri,” katanya.

DBKL berharap, dengan perubahan sikap ini, Kuala Lumpur akan menjadi bandaraya yang lebih bersih dan indah pada tahun 2024 ini.

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!