Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Masalah tempat letak kereta di kawasan perumahan flat bukanlah perkara baharu, malah sering menjadi punca pertelingkahan antara penduduk. Keadaan bertambah teruk apabila ada individu yang sengaja ‘cop’ parkir seolah-olah mereka memiliki tempat itu secara tetap, menyebabkan orang lain sukar mendapatkan ruang yang sepatutnya dikongsi bersama.
Seorang pengguna TikTok, Johnlahkot, meluahkan rasa geram terhadap situasi ini apabila dia berjaya merakam kejadian tersebut.
“Selalunya aku tak dapat nak record orang cop parking ni. Aku dah penat dengan parking kat rumah aku ni. Hari-hari orang cop parking macam bapak dia punya tempat.
- Jet Pejuang Korea Selatan tersilap jatuhkan bom, 15 cedera
- Bil elektrik dijangka naik? Ini penjelasan Kerajaan
- Dua anggota DBKL diserang, digigit penjaja ketika ops pemeriksaan di bazar Ramadan
- Harga santan naik bukan kerana bekalan kurang, tetapi harga kelapa naik – Mat Sabu
- Mahkamah Thailand bebaskan Eda Ezrin daripada pertuduhan miliki 6,059 biji pil yaba
“Apa dia ingat ni condo ke beli rumah dapat free parking? Harini report, esok lusa ada lagi,” katanya dalam kapsyen video tersebut.
Rakaman dashcam yang dikongsikan menunjukkan seorang lelaki mengeluarkan keretanya dari parkir, kemudian keluar semula dan berjalan lengang menuju ke satu sudut sebelum mengambil sebuah baldi buruk dan meletakkannya di parkir tersebut, seolah-olah menandakan tempat itu miliknya.
Perkara ini mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya mengecam tindakan lelaki itu. Ramai yang bersetuju bahawa parkir di kawasan perumahan sepatutnya berfungsi berdasarkan prinsip siapa cepat dia dapat, bukannya di’cop’sesuka hati.
‘Pentingkan diri’

‘Jalan kemain kepak’ – Netizen

‘Duduk flat memang macam ni wei’ – Netizen

Dalam ruangan komen, ada yang mencadangkan agar laporan dibuat kepada pihak berkuasa tempatan atau majlis perbandaran supaya tindakan tegas dapat diambil.