Tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyita barangan peniaga di Bazar Ramadan Taman Wilayah, Selayang, mencetuskan perdebatan di media sosial selepas seorang pengguna TikTok, Papa Akrapovic, memuat naik video kejadian tersebut.
Dalam video itu, Papa Akrapovic berkata:
“Habis semua khemah peniaga diangkut. Ada yang kata masalah persatuan, masalah DBKL. Biasalah, yang ini suruh ambil lesen kat sana, yang ini kata urus lesen belah sini. Habis dah mereka angkut. Nampak, semua orang marah.”
Bagaimanapun, ruangan komen untuk video tersebut telah ditutup kepada umum.
- Demam Bola Mula Memuncak, U Mobile Bagi Streaming 104 Perlawanan PERCUMA Tanpa Had Di RTMKlik
- ‘Bola-bola juga, ibadat dan tanggungjawab jangan diabaikan’ – Dr Zulkifli
- SPR umum tarikh PRN Johor 11 Julai, Negeri Sembilan 1 Ogos
- Kisah lelaki Johor temui makna kehidupan di Terengganu
- MMN bantah cadangan kemasukan terbuka jururawat Indonesia
DBKL bukan tindas, tetapi peniaga perlu ikut peraturan
Mengulas isu yang tular, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa menegaskan bahawa tindakan DBKL adalah berdasarkan peraturan yang telah ditetapkan, bukan bertujuan untuk menindas mana-mana pihak.
“DBKL telah memberi peluang kepada peniaga untuk memohon lesen sejak awal di 40 lokasi yang ditetapkan. Kami mahu membantu, tetapi peniaga juga perlu mematuhi peraturan,” katanya memetik laporan Harian Metro.
Menurut Dr Zaliha, penyitaan hanya dilakukan terhadap peniaga yang tidak mempunyai lesen dan berniaga di kawasan yang tidak diwartakan.
DBKL sediakan tapak sah & bantuan peniaga
Dalam usaha menyokong peniaga kecil, DBKL dengan kerjasama Bank Muamalat Malaysia Berhad terdahulu telah menganjurkan Bazar Ramadan dan Aidilfitri di 42 lokasi sekitar Kuala Lumpur, bermula 2 hingga 30 Mac 2025.
Sebagai langkah membantu, kadar sewa ditetapkan pada harga berpatutan sebanyak RM500. Bank Muamalat turut menaja keperluan asas perniagaan seperti khemah 8×8, apron dan topi secara percuma. Selain itu, sistem pembayaran tanpa tunai Terminal DuitNow QR Soundbox 3-dalam-1 diperkenalkan bagi memudahkan transaksi di bazar.








