Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menafikan kenaikan harga santan berpunca daripada kekurangan bekalan, sebaliknya disebabkan peningkatan harga kelapa di pasaran sejak November 2024.
Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu, menjelaskan bahawa harga kelapa import dari Indonesia meningkat akibat kekurangan bekalan serta lonjakan eksport negara itu ke China. Kesannya, permintaan terhadap kelapa tempatan meningkat, sekali gus memberi tekanan kepada harga.
Selain itu, kebanyakan petani lebih cenderung menjual kelapa muda kerana harganya lebih tinggi dan tempoh tuaian lebih singkat. Faktor cuaca seperti kemarau dan banjir juga menjejaskan hasil pengeluaran kelapa.
- Jet Pejuang Korea Selatan tersilap jatuhkan bom, 15 cedera
- Bil elektrik dijangka naik? Ini penjelasan Kerajaan
- Dua anggota DBKL diserang, digigit penjaja ketika ops pemeriksaan di bazar Ramadan
- Harga santan naik bukan kerana bekalan kurang, tetapi harga kelapa naik – Mat Sabu
- Mahkamah Thailand bebaskan Eda Ezrin daripada pertuduhan miliki 6,059 biji pil yaba

Bagi memastikan bekalan mencukupi, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan membawa masuk 640 tan kelapa tua setiap bulan dari Indonesia, Sabah, dan Sarawak, terutama menjelang musim perayaan. Sehingga 4 Mac, sebanyak 734 tan metrik kelapa tua telah dibawa masuk dengan nilai RM2.01 juta dan diedarkan melalui 509 outlet pemasaran FAMA.
Sebahagian bekalan turut diagihkan kepada 16 pemborong dan lebih 200 usahawan santan di seluruh negara bagi menstabilkan harga serta memastikan kelangsungan industri pemprosesan santan.
KPKM yakin langkah ini dapat membantu mengawal harga dan memastikan bekalan produk berasaskan kelapa kekal stabil di pasaran.
Sumber: Harian Metro