Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan penurunan harga minyak RON95 kepada RM1.99 seliter, khusus untuk rakyat Malaysia yang disahkan melalui penggunaan MyKad.
Menurut beliau, langkah itu bakal memberi manfaat kepada 18 juta pengguna, termasuk pemandu kereta, penunggang motosikal, golongan belia dan pengusaha ekonomi gig di seluruh negara.
Anwar menjelaskan, harga semasa minyak yang dijual kerajaan kepada rakyat adalah RM2.05 seliter, bersamaan dengan harga kos pasaran semasa.
“Sebelum akhir September, saya akan pastikan pelaksanaan menurunkan harga minyak kepada RM1.99 seliter.
“Dan ini penurunan yang agak menarik, yang tinggi. Walaupun ia melibatkan kos kepada pemerintah dan kerajaan bertambah, ia akan memberi manfaat kepada 18 juta pemandu kereta, penunggang motosikal, belia seawal usia 16 tahun dan juga pengusaha gig,” katanya.
Baca juga:
- ‘Jangan paksa kerajaan iktiraf UEC’ – Tok Mat tegaskan soal identiti kebangsaan
- Imigresen serbu restoran popular, 101 pekerja asing ditahan kerana kerja tanpa permit
- Lelaki maut dalam kebakaran unit kondominium di Mont Kiara
Beliau turut menegaskan bahawa subsidi berkenaan hanya untuk warganegara Malaysia, manakala warga asing dan kenderaan asing tetap perlu membayar harga pasaran sepenuhnya.
“Pendekatan ini sejajar dengan ikhtiar kerajaan untuk mengoptimum sumber negara bagi manfaat rakyat dan mengurangkan pembaziran subsidi.
“RM1.99 ini hanya untuk warganegara Malaysia. Kita guna MyKad, dapat RM1.99. Yang lain bayar harga pasaran.
“Warga asing, kenderaan asing itu tetap menggunakan harga pasaran. Bukan harga subsidi,” jelasnya.
Tambah beliau, kerajaan akan terus memacu pentadbiran dengan pendekatan yang lebih bertanggungjawab dan telus, dengan memfokus kepada dasar-dasar yang menjamin kesejahteraan serta maruah rakyat.
“Kita akan terus memudi pentadbiran dengan cara lebih bertanggungjawab. Iaitu mesti mengenalkan dasar tindakan yang boleh menjamin maruah keselesaan kepada rakyat,” katanya.








