Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Krisis global yang berlaku akan memberikan kesan kepada ekonomi dunia. Konflik yang melanda antara Palestin dan Israel ini juga dilihat telah menyebabkan kenaikan harga barangan dan juga emas. Seperti diketahui umum, emas mempunyai nilai yang cukup tinggi.
Situasi ini juga mendorong orang ramai untuk tidak melepaskan peluang menggadaikan barang kemas milik mereka.
Tinjaun menerusi satu laman web menunjukkan harga emas hari ini mencecah RM304.99 per gram naik sebanyak RM0.23 berbanding semalam RM304.76 per gram.
Namun, difahamkan harga tersebut bergantung pada nilai yang diberikan oleh pemilik kedai dan negeri.
Naik mendadak
Di negeri Terengganu, beberapa peniaga emas mengakui harga emas 916 naik mendadak sehingga mencecah paras RM300 per gram sejak konflik bermula.
Seorang peniaga berkata, nilai logam berharga itu melonjak RM10 daripada kira-kira RM265 kepada RM275 segram sejak peperangan berlaku hampir dua minggu lalu.
“Hari ini harga emas 916 dijual di premis saya pada kadar RM279 segram selepas berlaku kenaikan sehingga RM10 dalam tempoh dua minggu lalu.
“Kita jangka sekiranya krisis perang ini masih berpanjangan, tidak mustahil harga emas akan mencecah sehingga lebih RM300 untuk setiap satu gram kerana ianya bergantung kepada kuasa besar dunia iaitu Amerika Syarikat dan Rusia,” katanya.
Ramai mula jual dan tukar
Sementara itu, Wahab Ali, 65, berkata, harga emas di Terengganu masih rendah berbanding di tempat lain menyebabkan peniaga tidak dapat mengaut keuntungan hasil jualan perhiasan itu.
Katanya, kebanyakan peniaga berdepan pembelian dengan modal yang tinggi menjualnya pada harga rendah dengan hanya mengenakan cas terhadap harga upah barangan itu.
“Harga kita beli emas pun dah RM290 lebih, macam mana kita nak jual murah dan tak ada untung. Untuk emas 916 harga modal sahaja RM280, sepatutnya jual RM300 dan emas 999 atau emas sepuluh pula sepatutnya dijual pada harga RM330, sama seperti di tempat lain.
“Kalau krisis perang makin panjang, mungkin harga akan melonjak lagi. Tapi kita belum pasti kenaikannya macam mana, ” katanya.
Sumber: Sinar Harian, Harga Emas