Harga bahan binaan naik hampir 30 peratus, pembekal ugut tak hantar bekalan jika harga baru tak diikuti - The Reporter

Harga bahan binaan naik hampir 30 peratus, pembekal ugut tak hantar bekalan jika harga baru tak diikuti

Foto hiasan | Sumber: CIDB Malaysia

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Sektor pembinaan di Malaysia kini berdepan dengan lonjakan harga bahan binaan yang mencatatkan peningkatan hampir 30 peratus, susulan pelaksanaan penyesaran subsidi diesel yang baru diperkenalkan.

Fenomena ini telah menimbulkan kebimbangan di kalangan kontraktor terutama golongan G1 hingga G7 yang merasakan impaknya secara langsung.

Pembekal ugut tak hantar bekalan

Presiden Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia (PKBM), Datuk Azman Yusoff, meluahkan kekecewaannya terhadap situasi semasa yang dilihat sebagai peningkatan tertinggi dalam sejarah industri pembinaan negara.

Beliau berkata, pembekal telah menetapkan harga baru bagi bahan-binaan sejak Isnin lalu dan ada di antara mereka yang mengugut untuk tidak menghantar bekalan sekiranya cadangan harga baharu tidak diikuti.

Agensi kerajaan perlu ambil tindakan segera

Datuk Azman menyeru agar agensi kerajaan seperti Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengambil tindakan segera untuk memantau pembekal-pembekal yang mengambil kesempatan atas kenaikan harga diesel tersebut.

Situasi ini bukan sahaja menyebabkan peningkatan kos pembinaan, tetapi juga berpotensi menyebabkan kelewatan dalam penyiapan projek-projek pembinaan yang seterusnya akan mengakibatkan kerugian besar kepada kontraktor.

Selain itu, terdapat juga laporan tentang kenaikan sewaan perkakasan mesin seperti jentera berat, eskavator, jengkaut dan penurap yang digunakan dalam projek infrastruktur. Harga bahan mentah seperti campuran siap konkrit dan bahan-bahan binaan untuk kerja bangunan dan jalan juga dilaporkan meningkat sebanyak 30 peratus.

Sumber: Sinar Harian (Mukhriz Mat Husin)

Total
0
Shares
Total
0
Share