Hanya kerana tegur masuk koc wanita, isteri Nas Rahman terkilan sekumpulan remaja lelaki bersikap biadap terhadap ibunya | The Reporter

Hanya kerana tegur masuk koc wanita, isteri Nas Rahman terkilan sekumpulan remaja lelaki bersikap biadap terhadap ibunya

Sumber Gambar: Sheahnee Iman Lee

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Isteri kepada selebriti Naz Rahman, Sheahnee Iman Lee meluahkan rasa kesal dengan tindakan beberapa remaja lelaki yang disifatkan seolah biadap terhadap ibunya.

Ketika kejadian 31 Ogos lalu, ibunya yang berusia 72 tahun menaiki Keretapi Tanah Melayu (KTM) dari Klang menuju ke Kuala Lumpur.

Dia kemudiannya menegur sekumpulan remaja berkenaan yang memasuki gerabak atau ruang yang dikhaskan untuk wanita. Secara jelas katanya, sudah tertulis dalam dwibahasa, ruang berkenaan adalah dikhaskan untuk wanita

Namun katanya, teguran itu dijawab dengan biadap.

“Apa yang mereka jawab? Mereka kata ‘Kami adalah rakyat Malaysia, dan ini adalah negara saya!’,” katanya.

Kemudian, katanya mereka mula memanggil beberapa lagi rakan-rakan yang lain untuk berkumpul memenuhi ruang koc sehingga timbul kerisauannya dan penumpang yang lain.

Dalam pada itu, Sheahnee memaklumkan pihak KTM sudah mengambil maklum mengenai insiden berkenaan.

Related Posts