Bekas pengendali skuad kebangsaan Vietnam, Park Hang-seo, dikatakan berada dalam radar FAM untuk membimbing skuad Harimau Malaya.
Ejen kepada Hang-seo, Lee Dong-jun, berkata Hang-seo bersedia untuk berunding dengan FAM jika benar-benar diperlukan. Namun, sebarang perbincangan harus melalui Lee Dong-jun terlebih dahulu sebelum dipertimbangkan oleh Hang-seo.
Tambah Dong-jun lagi, jika Malaysia berminat dengan Park Hang-seo, FAM perlu membuat tawaran kepadanya terlebih dahulu dan setelah itu beliau akan berbincang dengan Hang-seo sebelum membuat sebarang keputusan.
Hang-seo adalah salah satu calon pilihan untuk menggantikan kerusi panas yang ditinggalkan oleh bekas jurulatih, Kim Pan-gon, pada bulan Julai lalu.
Ketika ini, skuad Harimau Malaya sedang dibimbing oleh jurulatih dari Sepanyol, Pau Marti Vicente. Jika prestasi Harimau Malaya terus memberangsangkan, FAM berkemungkinan akan terus melantik Vicente untuk melatih skuad negara sehingga Kelayakan Piala Asia 2027 yang akan bermula pada Mac tahun depan.