Hamidin sedia berundur dari FAM kalau... - The Reporter

Hamidin sedia berundur dari FAM kalau…

Hamidin

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, dengan tegas menyatakan kesiapannya untuk berundur jika beliau tidak lagi menjadi pilihan untuk menerajui kepimpinan badan induk bola sepak negara.

Bagi Hamidin, melepaskan jawatannya sebagai Presiden FAM bukanlah masalah jika dia tidak lagi mendapat ‘mandat’ dan kepercayaan daripada ahli gabungan pada kongres pemilihan badan induk yang dijadual berlangsung tahun depan.

“Kalau orang nak saya, mereka pilih saya. Mereka tak nak, saya sedia berundur.”

Hamidin juga menegaskan, dia akan menghormati struktur dan masa yang sesuai untuk melepaskan jawatan. Jadi, jika netizen atau penyokong tidak lagi menyokongnya, Hamidin dengan rendah hati bersedia untuk mengambil langkah berundur.

Namun, dia menekankan bahawa apa yang penting adalah sumbangan beliau untuk negara dan rekod kerjanya yang boleh dilihat oleh semua orang.

Sumber: Harian Metro

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!