Guru wanita mohon maaf atas komen menghina Orang Asli | The Reporter

Guru wanita mohon maaf atas komen menghina Orang Asli

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang guru sekolah agama di Negeri Sembilan yang sebelum ini disiasat kerana menghina masyarakat Orang Asli telah mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka.

Guru tersebut meninggalkan komen yang menghina Orang Asli di media sosial selepas keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Kelantan.

Dalam kenyataanya, guru tersebut berkata, “Saya memohon maaf atas kesilapan dan keterlanjuran saya. Saya benar-benar rasa bersalah atas perkara tersebut.

“Saya akui kesilapan saya ini, maafkan saya atas kejahilan saya. Ini komen saya secara peribadi dan tidak terkait dengan sekolah JPN mahupun KPM.”

Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) sedang menjalankan siasatan terhadap komen tersebut dan menegaskan bahawa mereka tidak akan berkompromi dengan mana-mana guru yang melanggar peraturan-peraturan yang berkuat kuasa.

Related Posts