Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Agihan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bagi fasa pertama berjumlah RM723.1 juta kepada semua sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah selesai disalurkan, Jumaat lalu.
Rata-rata ibu bapa meluahkan rasa syukur dengan bantuan RM150 berkenaan yang dilihat dapat meringankan bebanan mereka.
Seorang guru pula berkongsikan menerusi TikTok rasa kecewa dan terkilan dengan tindakan ibu bapa yang memarahi guru tanpa usul periksa apabila mendapati wang BAP yang diberikan tidak mencukupi dan hanya menerima sebanyak RM100.
Ibu bapa berkenaan pula telah menuduh cikgu mengambil wang RM50 untuk tujuan kegunaan bayaran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).
“Cikgu dimarahi ibu bapa sebab anak kata cikgu bagi RM100 sahaja, sepatutnya RM150. Ibu bapa kata cikgu dah potong RM50 untuk bayaran PIBG.
“Tapi cikgu ada rekod serahan RM150, tanpa apa-apa potongan,” katanya.
Bagaimanapun, perkara itu terbongkar apabila dikatakan murid berkenaan telah membelanjakan wang RM50 sebelum sampai ke rumah.
“Rupa-rupanya anak dah belanjakan sebelum sampai di rumah.
“Ibu bapa cuma kecewa tak boleh guna duit topup barang dapur,” katanya.








