'Geram tengok, rasa nak ludah muka JJ!' - Filem Maharaj - The Reporter

‘Geram tengok, rasa nak ludah muka JJ!’ – Filem Maharaj

Filem Maharaj

Filem Maharaj mula ditayangkan di platform penstriman Netflix sejak 14 Jun lalu.

Filem arahan Yash Raj ini merupakan kisah benar berlaku pada 1862 (160 tahun lalu) yang mengisahkan keberanian seorang lelaki menentang ajaran sesat yang diamalkan oleh penunggang agama ketika itu.

Keberanian Karsan Das Mulji (lakonan Junaid Khan – anak Amir Khan) tercetus apabila tunangnya, iaitu Kishori (lakonan Shalini Pandey) ‘digauli’ oleh Jadunathji Brijratanji Maharaj atau ‘JJ’ (lakonan Jaideep Ahlawat).

JJ mengambil kesempatan di atas kesetiaan Kishori yang percaya dengan ajarannya itu, dengan menyatakan kononnya Kishori adalah wanita terpilih untuk melakukan ‘khidmat suci dengannya.

Khidmat suci adalah satu ritual yang kononnya meraih rahmat dari dewa dan akan menjamin kebahagiaan mereka di dunia dan akhirat.

Namun, Kishori yang naif tidak menyedari bahawa JJ sebenarnya hanya sekadar mahu meniduri dan menjadikan dia sebagai tempat melampias nafsu.

Perkara itu diketahui dan disaksikan sendiri oleh Karsan, lalu mengambil keputusan untuk mengakhiri perhubungan mereka. Bermula dari saat itu, Karsan nekad menentang kejahatan dan ajaran sesat JJ menggunakan penulisannya yang disiarkan di akhbar.

Adakah JJ akan berdiam diri? Sudah tentu tidak! Dengan pengaruh dan pengikut yang ramai, dia berusaha menekan Karsan agar tunduk kepadanya.

Jika anda meminati filem berdasarkan kisah benar dan isu-isu sosial, ini adalah filem yang berbaloi untuk ditonton. Banyak pengajaran yang boleh diperolehi daripada filem ini seperti, kepercayaan, keberanian bersuara, kekuatan media dan ketidakadilan pada golongan wanita.

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!