'Geng terpaling RXZ' rosakkan palang tol, lorong Smart Tag | The Reporter

‘Geng terpaling RXZ’ rosakkan palang tol, lorong Smart Tag

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Kelab permotoran adalah sebuah organisasi atau kumpulan individu yang berkongsi minat dalam aktiviti berkaitan motor. Aktiviti-aktiviti ini boleh merangkumi pelbagai aspek seperti perlumbaan motor, pembaikan dan penjagaan motor, atau hanya berkongsi minat dalam jenis-jenis motor tertentu.

Selain daripada menjadi platform untuk berkongsi minat dan pengetahuan tentang motor, juga memainkan peranan penting dalam menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat.

Namun dalam kejadian baru-baru ini, sekumpulan penunggang motosikal Yahama RXZ bertindak merosakkan palang tol sehingga patah dan perbuatan mereka sempat dirakam oleh kamera papan pemuka (dashcam) pengguna jalan raya.

@thereportermy

Rasanya ada lorong disediakan untuk motosikal. Kenapa perlu buat macam tu? #thereportermy #videoviral #rxz #pdrm

♬ original sound – The Reporter – The Reporter

Menurut pengadu, Ong Zhi Xiang, kejadian itu berlaku pada jam 6.32 petang, Sabtu lalu di Plaza Tol Segambut.

Sebelum memasuki lorong Smart Tag, kelihatan sekumpulan penunggang motosikal terbabit berada di depan kenderaan pengadu dan kemudian terus memasuki lorong tersebut dan menolak palang tol sehingga patah.

Dengan rasa tidak bersalah, kesemua mereka terus memecut melarikan diri.

Di media sosial, netizen mengecam perbuatan tidak bertanggungjawab kumpulan terbabit.

“Bila beruk masuk bandar. Biasa main jalan kampung je. Sekali masuk highway, ada palang pulak. Terus jadi beruk matyeh,” kata Rizal.

“Budak-budak setahun jagung main RXZ gini la. Salute pada otai lama dan yang baru main RXZ tetapi berhemah dan berdisiplin,” kata Park.

Selain itu, ramai netizen menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat dan mengambil tindakan terhadap kumpulan itu.

Related Posts