Gara-gara minum air oren rakan semasa berbuka puasa, warga asing maut ditikam | The Reporter

Gara-gara minum air oren rakan semasa berbuka puasa, warga asing maut ditikam

Sumber gambar: Sinar Harian

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Gara-gara minum air oren rakan ketika berbuka puasa, seorang lelaki warga Bangladesh maut ditikam di asrama pekerja kilang di Seksyen 36, Shah Alam, Selangor.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan jam 7.20 malam pada Selasa.

“Kejadian berpunca apabila suspek marah setelah mangsa meminum air orennya semasa berbuka puasa.

“Suspek bertindak menikam mangsa beberapa kali dengan menggunakan sebilah pisau yang diambil daripada dapur,” katanya.

Hasil siasatan mendapati mangsa berusia 49 tahun dan bekerja sebagai pekerja am manakala suspek merupakan warga Pakistan yang juga bekerja dan tinggal bersama mangsa di dalam kontena yang dijadikan asrama.

Pihak polis telah merampas pisau yang digunakan oleh suspek untuk menikam mangsa.

Suspek akan direman pada Rabu di Mahkamah Shah Alam. Kes tersebut disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber: Sinar Harian

Related Posts