Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Baru-baru ini, 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd disenaraikan di Bursa Malaysia. Syarikat ini mengendalikan rangkaian pasar mini terbesar di Malaysia di bawah jenama 99 Speedmart.
Rentetan itu, tular ciapan yang mengatakan pengasas syarikat itu kini menjadi billionaire dan individu nombor lapan terkaya di Malaysia.
Namun reaksi netizen pula berlainan, terutamanya netizen yang pernah bekerja di pasar raya tersebut tampil mendakwa kakitangan ditindas dari segi gaji, tekanan kerja dan sebagainya.


99 Speedmart tampil beri penjelasan
Bagaimanapun, 99 Speedmart tampil menjawab dakwaan tersebut dan menjelaskan bahawa, gaji dan pakej faedah yang ditawarkan kepada pekerja adalah ‘adil’.
Ketua Pegawai Operasi 99 Speed Mart, Yong Eng Kwang berkata, gaji yang ditawarkan adalah mematuhi sepenuhnya Akta Pekerja (Pindaan) 2022. Di bawah undang-undang ini, gaji minimum negara ditetapkan pada RM1,500 sebulan, dan 99 Speed Mart membayar lebih daripada itu.
Selain gaji asas, syarikat ini menawarkan pakej faedah yang meliputi kenaikan gaji tahunan, bonus akhir tahun, akses kepada klinik panel, peluang latihan, kad SIM percuma dengan data 40GB, serta baucar makanan percuma.
Kedai 99 Speedmart beroperasi dari 10 pagi hingga 10 malam, dan pekerja yang diminta bekerja lebih masa dibayar dengan adil, serta ia dilakukan atas persetujuan kedua-dua pihak.
Mengenai jawatan kosong yang tular di media sosial dengan memetik gaji juruwang, pengurus cawangan, Eng Kwang menjelaskan kadar gaji tersebut tidak menggambarkan struktur gaji semasa.
Pengurus cawangan yang telah lama berkhidmat memperoleh lebih daripada RM4,000 sebulan, menunjukkan komitmen syarikat terhadap imbuhan yang adil untuk dedikasi dan kerja keras pekerja.
Sumber: Berita Harian








